Golden Week Gathering 2009 "お疲れ様でした!!"


Gunma, Sabtu 2 Mei 2009 – Program Golden Week Gathering 2009 anjuran Aspiring Malaysian Rijal (AMIR) yang telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Isesaki City Youth Training Centre, Gunma Prefecture.

Program yang bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahaim sesama pelajar yang baru tiba ke bumi sakura ini telah disertai oleh para pelajar yang kebanyakannya adalah dari program Ambang Asuhan Jepun(AAJ) dan Japanese Associate Degree (JAD).

Peserta untuk program kali ini adalah seramai 60 orang lelaki dan disebabkan masalah jarak perjalanan yang jauh untuk ke destinasi, pihak penganjur telah menyediakan tempat bermalam di Masjid Muhamadiah iaitu pada 1 Mei yang bertempat di bandar Isesaki.

Keesokan harinya selepas solat subuh dan bersarapan, para peserta bergerak menuju ke Isesaki Youth Trainig Centre untuk mendaftar.

Setelah mendaftar dan sedikit taklimat, program kali ini dimulakan dengan Ice Breaking yang diketuai oleh saudara Muhammad Syahid Bin Chek Khairil Anwar. Saudara Shahid telah meminta setiap peserta untuk mengulang nama, kegemaran dan gaya peserta-peserta lain dengan tujuan untuk lebih kenal-mengenal dengan tujuan untuk megukuhkan silaturahim.

Pada sebelah petangnya pula, permainan indoor dan outdoor berlangsung yang diketuai oleh saudara Azrul Yazrin Bin Mhd Yasim. Untuk permainan indoor, peserta yang baru berkenalan dikehendaki untuk membentuk beberapa kumpulan dan setiap kumpulan diuji dengan soalan-soalan yang berbentuk IQ dan logik. Tidak cukup setakat itu, persefahaman dan kerjasama juga penting untuk memastikan setiap kumpulan berjaya dalam setiap permainan. Ketiadaan persefahaman dan idea yang bernas memungkinkan satu-satu kumpulan itu kalah adalah tinggi.

Untuk permainan outdoor pula, kerjasama dan persefahaman juga perlu akan tetapi lebih berbentuk fizikal di mana, peserta perlu untuk berlari dan kejar mengejar demi untuk memastikan setiap kumpulan untuk menang.

Pada sebelah malamnya, setelah letih bermain, peserta dibenarkan untuk mandi di kolah air panas dan tiada acara pada waktu itu kerana pihak urusetia mahu peserta untuk tidur awal untuk bersedia pada keesokan harinya.

Pada keesokan harinya iaitu selepas menunaikan waktu subuh, Saudara Amir Syahir bin Amir Hamzah yang merupakan Presedin kepada persatuan Aspiring Malaysian Rijal (AMIR) telah menyampaikan sedikit kata-kata semangat dan motivasi untuk para peserta yang secara tidak langsung menaikkan semangat para peserta dan sedikit sebanyak menigkatkan tahap pemahaman peserta terhadap Islam.

Kemudian permainan yang meminta para peserta untuk bersedia dari segi fizikal dan mental telah diadakan sekali lagi. Sekali lagi peserta pertu untuk bekerjasama untuk memastikan kumpulan mereka terus menang, kerana apa yang penting pada kali ini adalah kerjasama.

Kemudian tibalah acara kemuncak untuk program Golden Week Gathering kali ini iaitu perkongsian dari tiga orang senior tentang cara hidup dan pengalaman mereka di Jepun. Ternyata pengalaman mereka yang banyak telah membantu sedikit sebanyak peserta-peserta yang rata-rata baru tiba di Jepun. Juga bimbingan tiga orang senior ini mengenai cara-cara menunaikan kewajipan sepaerti solat di mana-mana sahaja dan solat jumaat yang tidak memerlukan empat puluh jemaat ternyata membantu peserta yang baru tiba.

Program kali ini diakhiri dengan penyampaian hadiah dan sesi fotografi sebagai kenang-kenangan. Secara keseluruhan, program ini telah berjaya mencapai objektif yang digariskan.

Yuran

Dengan sukacitanya dimaklumkan jumlah yuran dan maklumat pembayaran...

YURAN: 3500 yen

CARA PEMBAYARAN:

Sila Furikomi (Money Transfer) ke akaun berikut;

銀行:三菱東京UFJ銀行(0005)
支店:新丸の内(422)
タイプ:普通
口座番号:4945977
名前:ムスアブ ビン サハリム

ATAU

銀行:ゆうちょ銀行
記号:10340
口座番号:6402834
名前:カマル アリフィン ビン モハマド ノル
店名:0三八(ゼロサンハチ)
店番:038
預金種目:普通預金


Sekiranya anda telah selesai membuat furikomi (money transfer) ke akaun yang telah disebut di atas, sila menghantar confirmation dan details NAMA, UNIVERSITI, EMAIL kepada dnwarrior@yahoo.com

Sekiranya pembayaran tidak dapat dilakukan sebelum Golden Week Gathering bermula maka anda masih dapat melakukan pembayaran setelah anda tiba di tempat program...JUMPA ANDA DI SANA...





6th Golden Week AMIR

GWG AMIR adalah aktiviti tahunan yang diadakan pada masa cuti Golden Week di negara matahari terbit ini. Aktiviti merangkumi reunion dan gathering pelajar-pelajar Malaysia tidak kira yang dah lama atau yang baru berada di Jepun.


Golden Week AMIR kali ini merupakan kali ke 6 yang diadakan sepanjang tempoh penubuhan AMIR.



Dengan tema dan program yang diperbaharui setiap tahun,kami berharap pada golden week gathering kali ini, peserta akan dapat berseronok bersama kami dan rakan-rakan peserta yang sama-sama menyertai gathering ini.


Pelbagai aktiviti-aktiviti menarik disediakan menguji ketahanan fizikal dan mental. JOM! kite meriahkan GWG kali ni, jumpe kawan-kawan lame dan baru. JUMPA ANDA DI SANA!

  © Aspiring Malaysian Rijal GWG 09 by AMIR 2008